SEKSYEN 203. MEMBERI MAKLUMAT PALSU MENGENAI SESUATU KESALAHAN YANG TELAH DILAKUKAN.
Barang siapa, yang ketahui atau yang ada sebab mempercayai bahawa sesuatu kesalahan telah dilakukan, memberi apa-apa maklumat mengenai kesalahan itu, yang ia ketahui atau percaya sebagai palsu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.