Seksyen 161 Kanun Keseksaan, "penjawat awam?"
Bukti semua hakim adalah "penjawat awam" di bawah Kanun Keseksaan

Seksyen 161 Penjawat awam menerima suapan kecuali bayaran di sisi undang-undang berkenaan dengan sesuatu perbuatan rasmi. 

Barang siapa, yang menjadi atau menjangka akan menjadi seorang penjawat awam, menerima atau mendapat, atau bersetuju menerima atau mencuba mendapat, daripada mana-mana orang, untuk dirinya atau untuk mana-mana orang lain, apa-apa jua suapan, kecuali bayaran di sisi undang-undang, sebagai suatu galakan atau hadiah bagi melakukan atau supaya tidak melakukan apa-apa perbuatan rasmi, atau bagi memberi atau supaya tidak memberi, pada menjalankan kerja-kerja rasminya, kemudahan atau kepayahan kepada mana-mana orang, atau bagi memberi atau mencuba memberi apa-apa perkhidmatan atau halangan kepada mana-mana orang, dengan Kerajaan, atau dengan mana-mana ahli Kabinet atau ahli Parlimen atau ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau ahli Dewan Undangan Negeri, atau dengan mana-mana penjawat awam, sebagai yang demikian, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya. 

“Suapan”. Perkataan “suapan” itu tidaklah terhad kepada suapan-suapan wang, atau kepada suapan-suapan yang boleh dinilai dengan wang. 

Misalan

(a) A, seorang Hakim, mendapat daripada Z, seorang ketua bank, suatu jawatan dalam bank Z, untuk adik A, sebagai suatu hadiah kepada A bagi memutuskan suatu guaman memberi kemenangan kepada Z. A telah melakukan kesalahan yang ditakrifkan dalam seksyen ini.

 
CONTEXT(Help)
-
Samada KKM mempunyai bukti "JANGKITAN" Sek. 2 (1) Akta 342? »Samada KKM mempunyai bukti "JANGKITAN" Sek. 2 (1) Akta 342?
10. Per.126 Perlembagaan Sek.32,130B (2)(3), 221/130K Kanun Keseksaan »10. Per.126 Perlembagaan Sek.32,130B (2)(3), 221/130K Kanun Keseksaan
Conclusion »Conclusion
Seksyen 130C Kanun Keseksaan; Hukuman perbuatan pengganas »Seksyen 130C Kanun Keseksaan; Hukuman perbuatan pengganas
Kes Berperlembagaan Khas »Kes Berperlembagaan Khas
Unconstitutional - Null and void »Unconstitutional - Null and void
Seksyen 32 dan 130B (2) (3) Kanun Keseksaan »Seksyen 32 dan 130B (2) (3) Kanun Keseksaan
Chapter II Federal Constitution »Chapter II Federal Constitution
Perkara 11 (5) Perlembagaan; "naturalism" »Perkara 11 (5) Perlembagaan; "naturalism"
Perkara 3 (1) Perlembagaan; "sunnatullah, Quran 30:30" »Perkara 3 (1) Perlembagaan; "sunnatullah, Quran 30:30"
Perkara 4 (1) Perlembagaan; "undang-undang utama" »Perkara 4 (1) Perlembagaan; "undang-undang utama"
Perkara 150 (6A) Perlembagaan; "darurat" »Perkara 150 (6A) Perlembagaan; "darurat"
ISU KESALAHAN MAHKAMAH »ISU KESALAHAN MAHKAMAH
Seksyen 13 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 »Seksyen 13 Akta Mahkamah Kehakiman 1964
ISU KESALAHAN HAKIM »ISU KESALAHAN HAKIM
Seksyen 14 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 »Seksyen 14 Akta Mahkamah Kehakiman 1964
Seksyen 161 Kanun Keseksaan, "penjawat awam?"
Seksyen 217 Kanun Keseksaan »Seksyen 217 Kanun Keseksaan
Article 132 Federal Constitution »Article 132 Federal Constitution
+Comments (0)
+Citations (0)
+About