Seksyen 32 dan 130B (2) (3) Kanun Keseksaan

Seksyen 32 Kanun Keseksaan

Dalam tiap-tiap bahagian Kanun ini, kecuali jika suatu maksud yang berlawanan ternampak daripada kandungan ayatnya, perkataan yang berkenaan dengan perbuatan yang dilakukan adalah juga termasuk ketinggalan yang menyalahi undang-undang;"Perkataan yang berkenaan dengan perbuatan termasuklah ketinggalan yang menyalahi undang-undang"

Seksyen 130B (2) Kanun Keseksaan

Bagi maksud Bab ini, "perbuatan pengganas" bermaksud suatu perbuatan atau ugutan tindakan dalam dan luar Malaysia di mana:--

(a) perbuatan atau ugutan jatuh di bawah subseksyen (3) dan tidak jatuh di bawah subseksyen (4);

(b) perbuatan itu dilakukan atau ugutan dibuat dengan niat untuk melanjutkan suatu perjuangan politik, agama atau ideologi; dan 

(c) perbuatan atau ugutan berniat atau yang boleh semunasabahnya dianggap sebagai berniat untuk:-

(i) menakutkan orang awam atau sebahagian daripada orang awam; atau

(ii) mempengaruhi atau memaksa Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri di Malaysia, mana-mana Kerajaan lain, atau mana-mana organisasi antarabangsa untuk membuat atau menahan daripada melakukan apa-apa perbuatan. 

 

Seksyen 130B (3) Kanun Keseksaan

Suatu perbuatan atau ugutan jatuh di bawah subseksyen ini jika ia:-

(a) melibatkan cedera parah pada tubuh seseorang;

(b) membahayakan nyawa seseorang;

(c) menyebabkan kematian seseorang;

(d) mewujudkan risiko yang serius pada kesihatan atau pada keselamatan awam atau sebilangan orang awam'

(e) melibatkan kerosakan serius pada harta benda;

(f) melibatkan penggunaan senjatapi, bahan letupan atau alat berbahaya lain;

(g) melibatkan pembebasan ke dalam persekitaran alam atau mana-mana bahagian persekitaran alam atau mengedar atau mendedah orang awam atau mana-mana bahagian orang awam kepada:-

(i) mana-mana bahan bahaya, berbahaya, radioaktif atau memudaratkan;

(ii) mana-mana bahan kimia toksik; atau

(iii) mana-mana microbial atau agen biologi atau toksin;

(h) adalah direka bentuk atau berniat untuk mengganggu atau mengusik secara serius, mana-mana sistem komputer atau peruntukan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan secara langsung dengan infrastruktur komunikasi, perkhidmatan perbankan atau kewangan, utiliti, pengangkutan atau infrastruktur penting yang lain;

(i) adalah direka bentuk atau berniat untuk mengganggu, atau mengusik secara serius, peruntukan perkhidmatan kecemasan yang penting seperti bomba, pertahanan awam atau perkhidmatan perubatan; 

(j) melibatkan prejudis kepada keselamatan negara atau keselamatan awam; 

(k) melibatkan kombinasi mana-mana tindakan yang ditentukan pada perenggan (a) hingga (j).

CONTEXT(Help)
-
Samada KKM mempunyai bukti "JANGKITAN" Sek. 2 (1) Akta 342? »Samada KKM mempunyai bukti "JANGKITAN" Sek. 2 (1) Akta 342?
10. Per.126 Perlembagaan Sek.32,130B (2)(3), 221/130K Kanun Keseksaan »10. Per.126 Perlembagaan Sek.32,130B (2)(3), 221/130K Kanun Keseksaan
Conclusion »Conclusion
Seksyen 130C Kanun Keseksaan; Hukuman perbuatan pengganas »Seksyen 130C Kanun Keseksaan; Hukuman perbuatan pengganas
Kes Berperlembagaan Khas »Kes Berperlembagaan Khas
Unconstitutional - Null and void »Unconstitutional - Null and void
Seksyen 32 dan 130B (2) (3) Kanun Keseksaan
Chapter II Federal Constitution »Chapter II Federal Constitution
03. Repot Polis Kedua (seksyen 32 dan 130B (2) (3)  »03. Repot Polis Kedua (seksyen 32 dan 130B (2) (3)
Section 32 Penal Code »Section 32 Penal Code
+Comments (0)
+Citations (0)
+About