SEKSYEN 202. SESEORANG YANG TERPAKSA MEMBERI MAKLUMAT MENGENAI SESUATU KESALAHAN DENGAN SENGAJA MENINGGALKAN DARIPADA BERBUAT DEMIKIAN ITU.
Barang siapa, yang ketahui atau yang ada sebab mempercayai bahawa sesuatu kesalahan telah dilakukan, dengan sengaja meninggalkan daripada memberi apa-apa maklumat mengenai kesalahan itu yang ia terpaksa di sisi undang-undang memberi, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai enam bulan, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.