SEKSYEN 197. MENGELUARKAN ATAU MENANDATANGANI PERAKUAN PALSU.
Barang siapa mengeluarkan atau menandatangani sesuatu perakuan yang dikehendaki di sisi undang-undang supaya diberi atau ditandatangani, atau yang berhubung dengan apa-apa nyataan yang mengenainya perakuan itu boleh di sisi undang-undang diterima sebagai keterangan, dengan mengetahui atau mempercayai bahawa perakuan itu adalah palsu tentang mana-mana perkara mustahak, hendaklah diseksa sama seperti seolah-olah ia telah memberi keterangan palsu.