Seksyen 220 HUKUMAN SUPAYA DIBICARAKAN ATAU HUKUMAN SUPAYA DIKURUNG YANG DIBUAT OLEH SESEORANG YANG BERKUASA YANG KETAHUI BAHAWA IA BERBUAT HUKUMAN ITU BERLAWANAN UNDANG-UNDANG
Barang siapa, yang memegang apa-apa jawatan yang memberi kepadanya kuasa undang-undang bagi menghukum orang supaya dibicarakan atau dikurung, atau bagi mengurung orang,
dengan cara tak jujur atau dengan jahatnya menghukum seseorang supaya dibicarakan atau dikurung, atau mengurung seseorang, pada menjalankan kuasa tersebut,
dengan mengetahui bahawa dengan berbuat demikian itu adalah bertindak
berlawanan dengan undang-undang, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, atau dengan dengan denda, atau dengan kedua-duanya.