Seksyen 217 PENJAWAT AWAM
MENGINGKARI ARAHAN UNDANG-UNDANG DENGAN NIAT HENDAK MENYELAMATKAN ORANG DARIPADA SEKSAAN, ATAU HARTA DARIPADA DIRAMPAS.
Barang siapa, yang menjadi seorang penjawat awam,
dengan mengetahuinya mengingkari sesuatu arahan undang-undang tentang cara bagaimana ia kena menjalankan pekerjaannya sebagai penjawat awam itu, dengan niat dengan jalan demikian itu hendak menyelamatkan, atau
dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu menyelamatkan, seseorang daripada seksaan undang-undang, atau mengenakan ke atasnya, sesuatu seksaan yang ringan daripada yang ia boleh dikenakan, atau
dengan niat hendak menyelamatkan, atau
dengan mengetahui bahawa ia mungkin dengan jalan demikian itu menyelamatkan, apa-apa harta daripada dirampas atau daripada apa-apa tanggungan yang boleh dikenakan di sisi undang-undang, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.