SEKSYEN 221. PENJAWAT AWAM YANG TERPAKSA DI SISI UNDANG-UNDANG MENANGKAP SESEORANG
DENGAN SENGAJA MENINGGALKAN DARIPADA MENANGKAP ORANG ITU.
Barang siapa, yang menjadi seorang penjawat awam, yang terpaksa di sisi undang-undang sebagai penjawat awam itu menangkap atau mengurung seseorang yang dipertuduhkan atau yang
boleh ditangkap kerana sesuatu kesalahan,
dengan sengaja meninggalkan daripada menangkap orang itu, atau dengan sengaja membiarkan orang itu lari, atau dengan sengaja membantu orang itu lari atau mencuba lari dari pengurungan itu, hendaklah diseksa seperti berikut:
(a) ...
(b) ...
(c) dengan
penjara [mandatori] selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, sama ada beserta dengan denda atau tidak,
jika orang yang dikurung itu, atau yang
sepatutnya telah ditangkap itu, telah dipertuduhkan atau
boleh ditangkap kerana suatu kesalahan yang
boleh diseksa dengan penjara selama tempoh kurang daripada sepuluh tahun.