Seksyen 218 KANUN KESEKSAAN (AKTA 574); ‘PENJAWAT AWAM
MEMBENTUK SUATU REKOD ATAU TULISAN YANG TIDAK BETUL DENGAN NIAT HENDAK MENYELAMATKAN ORANG DARIPADA SEKSAAN, ATAU HARTA DARIPADA DIRAMPAS.’
Barang siapa, yang menjadi seorang penjawat awam, dan yang, sebagai penjawat awam itu, ditugas menyediakan apa-apa rekod atau lain-lain tulisan, membentuk rekod atau tulisan itu secara
yang ia ketahui tidak betul dengan niat hendak menyebabkan, atau
dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu menyebabkan, kerugian atau bencana kepada awam atau kepada seseorang, atau dengan niat jalan demikian itu hendak menyelamatkan, atau
dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu menyelamatkan, seseorang daripada seksaan undang-undang, atau dengan niat hendak menyelamatkan, atau
dengan mengetahui bahawa ia mungkin dengan jalan demikian itu menyelamatkan, apa-apa harta daripada dirampas atau daripada lain-lain tanggungan yang boleh dikenakan di sisi undang-undang, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga ta-hun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya;