Seksyen 130T Kanun Keseksaan
Di mana suatu kesalahan di bawah seksyen 130N, 130O, 130P atau 130Q telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada ketika kesalahan itu dilakukan, merupakan orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan atau kawalan pertubuhan perbadanan itu, yang termasuk pengarah, pengurus, setiausaha atau lain-lain pegawai yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau orang yang bertindak dalam kapasiti sebegitu, hendaklah bersalah melakukan kesalahan itu dan hendaklah dikenakan prosiding terhadapnya dan dihukum kecuali jika dia membuktikan bahawa:
(a) kesalahan itu dilakukan tanpa kebenarannya atau kerjasamanya secara diam-diam; dan
(b) dia telah melaksanakan usaha wajar untuk menghalang berlakunya kesalahan itu sepertimana yang dia harus menghalangnya, dengan mengambil kira sifat fungsinya dalam kapasiti itu dan pada semua keadaan