Excerpt / Summary Pada peringkat awal, Unit Virologi, Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit, Institut Penyelidikan Perubatan (Institute for Medical Research, IMR), Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan satu-satunya makmal yang terlibat secara langsung dalam menjalankan ujian diagnostik mengesan 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) di Malaysia. Makmal ini telah memulakan persediaan menghadapi sebarang kemungkinan penularan 2019-nCoV ke Malaysia pada 3 Januari 2020 di mana reagen untuk mengesan coronavirus dengan mengunakan kaedah Conventional RT-PCR telah disediakan.
Namun pada 11 Januari 2020, ahli saintis dari China telah berkongsi maklumat genetik 2019-nCoV di database gunasama. Ini membolehkan pegawai dari Unit Virologi IMR merekacipta urutan reagen yang dikenali sebagai “primers and probes specific for 2019-nCoV” pada hari yang sama. Beberapa hari kemudian, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengeluarkan protokol untuk ujian real time RT-PCR 2019-nCoV dan protokol ini hampir sama seperti yang digunakan di IMR.
Reagen untuk mengenalpasti 2019-nCoV telah tiba ke makmal di IMR pada 21 Januari 2020 dan pada masa yang sama, pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah berkongsi virus yang tergolong dalam famili yang sama dengan 2019-nCoV nyahaktif, untuk digunakan sebagai kawalan positif.
IMR 1 Proses merekacipta urutan DNA sesuai untuk primers and probes diagnostic 2019-nCoV
IMR 2 Proses optimasi ujian real time RT-PCR untuk 2019-nCoV
Pegawai dari IMR telah berjaya menjalankan optimasi ujian real time RT-PCR 2019-nCoV pada 22 Januari 2020 dan reagen ini telah dibekalkan kepada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh pada 24 Januari 2020 untuk menguji sampel kontak di Johor yang membolehkan pengenalpastian kes pertama positif di kalangan kontak rapat. Pada 25 Januari 2020, makmal IMR juga telah mengesan kes pertama positif di kalangan Patient-Under-Investigation (PUI).
Pada 30 Januari 2019, IMR juga telah menjalankan latihan ujian real time RT-PCR 2019-nCoV untuk 12 buah hospital KKM serta MKAK Sungai Buloh, MKA Ipoh, MKA Kota Kinabalu, MKA Kota Bahru dan MKA Johor Bahru agar kapasiti membuat ujian real time RT-PCR 2019-nCoV dipertingkatkan ke seluruh Malaysia. Kapasiti ini juga diperluaskan bagi rangkaian makmal swasta melalui latihan berkaitan yang diadakan oleh pihak MKAK Sungai Buloh pada 6 Februari 2020.
WhatsApp Image 2020-02-09 at 08.53.13
IMR 3 Taklimat kepada anggota mengenai carakerja ujian untuk 2019-nCoV
IMR 4 Mengisi rekod penerimaan sampel harian termasuk nama hospital, masa serta jumlah sampel.
Pada setiap hari (termasuk cuti umum) staf yang dalam panggilan (on call) akan bersedia menerima sampel dari hospital seawal pukul 7 pagi dan akan meneruskan ujian supaya keputusan dapat dikeluarkan dalam masa 24 jam. Namun begitu, kebanyakan keputusan ujian ini berjaya disiapkan lebih awal dari tempoh 24 jam tersebut. Staf hanya dibenarkan menjalankan ujian selepas menjalani ujian kompetensi dan dilatih cara pemakaian Personal Protective Equipment (PPE) dengan betul.
Secara ringkas, staf akan menerima sampel dan merekodkan penerimaan sampel dalam buku log. Seterusnya sampel ini dibawa ke makmal Biosafety Level 2 (BSL2) di mana staf yang memakai PPE akan memproses serta mengasingkan sedikit sampel klinikal untuk nyahaktif virus dan diteruskan dengan ujian real time RT-PCR 2019-nCoV.
Carakerja mengenai ujian makmal yang dijalankan untuk mengenalpasti 2019-nCoVCarakerja mengenai ujian makmal yang dijalankan untuk mengenalpasti 2019-nCoVCarakerja mengenai ujian makmal yang dijalankan untuk mengenalpasti 2019-nCoVCarakerja mengenai ujian makmal yang dijalankan untuk mengenalpasti 2019-nCoV IMR 7IMR 8 Syabas dan tahniah kepada semua petugas di sebalik tabir di IMR, kesemua MKA dan makmal-makmal hospital yang bertungkus lumus siang malam dalam menghadapi kejadian jangkitan 2019-nCoV ini. Anda adalah wira yang tidak didendang yang melaksanakan tugas walaupun seringkali tidak jelas di mata masyarakat demi memastikan kesihatan awam dan keselamatan negara terpelihara.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan 9 Februari 2020 SHARE THIS: |